Iklan Blog Lain

Showing posts with label Chicken. Show all posts
Showing posts with label Chicken. Show all posts

Monday, November 18, 2013

Papparich: Ipoh Kuey Teow Soup With Chicken Slice



Rasanya dah dekat 3 minggu, baru nak review. Hahaha. Untuk kali ini, admin makan malam di Restoran Papparich. Antara pesaing terhebat dengan Old Town White Coffee, Paparich memang dikenali ramai. Masa ni nak makan dengan kawan - kawan jadi admin sekadar mengikuti saja ke mana mereka pergi. Kali ini, Admin cuba salah satu menu mereka - Ipoh Kuey Teow Soup With Chicken Slice.

Well what can I say - lousy food presentation. The chicken slice was not that good. Kuah dia pun tak berapa sedap. Rasa macam tawar - tawar je menu yang Admin pesan ni. Tak cukup rasa. Berbanding menu ni, Admin lagi suka Ipoh Chicken Hor Fun di Old Town White Coffee, sup dia memang Admin hirup habis hahaha.

I cannot remember the price, but if I'm not mistaken it was RM 10.50. Please correct me, if I'm wrong.

---------- Info ----------
Lokasi : Papparich Seremban 2
Harga : RM 10.50
Cukai : 6% GST + 10% Service Charge

Official Website : http://www.papparich.com.my/index.php
Facebook : http://www.facebook.com/PappaRichMalaysia

Photo by : iPhone 4S

Wednesday, November 6, 2013

KFC Crazy Crunch



Its a new promotion from KFC - the Crazy Crunch. If you already saw the commercial why don't you guys try and see it for yourself how it taste like?

For our review today, we take the famous Snack Plate set. Owh wait! It was not snack plate set. KFC Crazy Crunch ada setnya yang tersendiri. Sama seperti Snack Plate set dan Dinner Plate set, anda boleh pilih sama ada:

2 ketul ayam Crazy Crunch + Mashed Potato + Coleslaw + bun + Sjora Mango Peach Drink
(RM 11.80) 

atau

3 ketul ayam Crazy Crunch + Mashed Potato + Coleslaw + bun + Sjora Mango Peach Drink
(RM14.90)

So how was it? From the TV commercial, it is indescribable. Mungkin betul lah. Cuba untuk menikmati rasanya. Buat pertama kali lihat, rasa macam pelik. Apa benda yang hijau - hijau kat atas ayam ni? Hahaha. Kulit dia memang rangup, lebih rangup dari Hot & Spicy Chicken. Rasanya macam pernah rasa kat mana - mana. Taste good, little bit salty but still nice. Tapi rasa rempah dia, hmm macam pernah rasa. Kat mana ya? Bila dah fikir panjang, ikut lidah ni, eh terasa macam makan Muruku lah! Seriously! The spice taste just like Muruku. Tak tahu lah pandangan anda semua macam mana pula :)

Sekarang dah tahu yang hijau - hijau tu sebenarnya herba dia. Bagus juga sebab rasa nya bukan setakat pada kulit semata - mata tapi juga terdapat pada daging ayam nya. Macam promosi Korean Spicy Chicken. Kalau Hot & Spicy Chicken kadang - kadang daging dia tak terasa pedas pun macam kulit dia yang rangup tu.



This was the first time we try Sjora Mango Peach Drink. It is good since I really want to avoid any kind of soft drinks. Sedap, rasa jus dia pekat, tapi tidak sepekat sehingga terasa loya untuk di minum. Tidak cair seperti rasa kordial air mangga. Just nice - smoothie blended but more water insetad of ice.

Tidak seperti promosi sebelum - sebelum ini, Hot & Spicy Chcken masih ada untuk pesanan. Kalau tidak sebelum ini, contohnya Korean Spicy Chicken menggantikan Hot & Spicy Chicken. How about your review. Share with us :)


---------- Info ----------
Lokasi : KFC Setia City Mall
Harga : RM 11.80
Cukai : 6 % GST

Official Website : http://www.kfc.com.my/main.php
Facebook : https://www.facebook.com/KFCMalaysia?fref=ts

Photo by : iPhone 4S

Monday, October 28, 2013

Seoul Garden: All You Can Eat Buffet



Boleh tahan mengidam nak makan Seoul Garden sebab lama dah tak pergi sini. Sudah tiada siapa yang mahu pergi bersama. Hahaha, okay today I am going to review this little restaurant called Seoul Garden.

So what can you get from this Seoul Garden? Seoul Garden is a all-you-can-eat buffet restaurant. Unlike hotel buffet, its a steamboat and grill restaurant. Salah satu sebab ia nya seronok untuk dimakan di sini. Boleh main masak - masak hahaha. Seoul Garden menghidangkan pelbagai jenis makanan seperti pelbagai jenis ayam dan daging, udang, sotong dan bermacam - macam lagi. Terdapat juga nasi, kentang goreng (French Fries), kuih muih, ABC, Ais Krim dan buah - buahan. Seronok bukan?



What did I take for today? Hmm lets see. Ada tiga jenis ayam - Satay Chicken, BBQ Chicken dan Garlic Chicken. Ada macam - macam jenis ayam lagi tapi rasanya untuk hari ni cukuplah 3 jenis ayam ni. Satay Chicken - mungkin rasa nya macam satay jadi mungkin ini salah satu peluang untuk mencuba sebab jarang jumpa di cawangan - cawangan lain. Hmmm, boleh tahan. Memang rasa macam satay yang dipanggang tapi lain lah. Its not exactly like Chicken Satay that sold in Night Market but I guess it was not bad either. BBQ Chicken - taste weird and I don't really like it. Tak seperti macam mana yang dibayangkan. Nasib baik ambil sedikit sahaja tadi. Garlic Chicken - my favorite and a must for me. Rasa nya bukanlah betul - betul seperti bawang. Cara perapan nya mungkin unik dan rasa sedap untuk di makan. You might try some :)



Ada juga ambil beberapa bebola ikan, jejari ketam dan seangkatannya. Semua ini direndam bersama sup yang dihidangkan. Anda boleh pilih pelbagai jenis sup untuk steamboat seperti sup ayam, Sup Kimchi dan lain - lain. Untuk kali ini, sup Kimchi menjadi pilihan kerana kesedapan rasa nya dan tahap kepedasan yang sederhana. You can also choose Kimchi Soup Extra Spicy - it is also in the list.



There were various chili sauce to try. I really like Korean Chili Sauce but they didn't served it at this outlet :( Instead I took Garlic Chili Sauce and Special Sauce. What so special with this sauce I wonder o.O



Buah - buahan yang dihidangkan sentiasa segar. Buah biasa yang dilihat adalah tembikai, epal hijau dan tembikai susu. Tembikai susu nya tidak terlalu keras untuk di makan, bahagian dalam nya lembut dan sedap untuk dijadikan pencuci mulut.



Ice Cream - Kid's Favorite.  Biasanya terdapat 6 perisa untuk di pilih. You scoop your ice cream for yourself.



Yang terakhir - ABC (Air Batu Campur). Anda sendiri yang lakukan. Masukkan ketulan ais dan kisar. Kemudian pilih mana - mana topping yang anda mahu sama ada cendol, agar - agar, selasih dan macam - macam lagi.

It was really fun. Anda disarankan untuk makan bersama 3 orang rakan yang lain kerana satu meja setamboat hanya cukup untuk 4 orang (Anda + 3 orang rakan). Kalau terlebih tidak mengapa, cuma anda mungkin dapat meja yang sedikit terpisah dari rakan anda yang lain. Untuk cawangan ini, harga yang dibayar bagi setiap kepala adalah RM 29.99++ - untuk harga pelajar. Anda diingatkan untuk membawa kad pelajar untuk mendapatkan harga pelajar kerana harga normal bagi hujung minggu adalah RM 33.99++. They offer free bottomless drinks for student.

Harga dan promosi harga pelajar bergantung pada cawangan - cawangan tertentu. Melaka dan Penang menerima harga pelajar pada hujung minggu manakala cawangan Melaka tidak menerima harga pelajar. Pakej harga dan lokasi bagi setiap cawangan boleh dirujuk di sini: http://www.seoulgarden.com.my/pricing.php


---------- Info ----------
Lokasi : Seoul Garden Mahkota Parade
Harga : RM 29.99++ per head (Student Price, price depends on outlet)
Cukai : 10 % Service Charge + 6 % GST

Official Website : http://www.seoulgarden.com.my/index.php
Facebook : http://www.facebook.com/SeoulGardenSingapore

Photo by : iPhone 4S

Friday, October 25, 2013

Old Town White Coffee Ipoh Chicken Hor Fun


Good morning! So what do you guys have for breakfast? Seperti franchise McDonalds dan KFC, Old Town White Coffee juga mempunyai set mampu beli (murah) seperti MyBreakfast, MyLunch, MyTea, MyDinner dan MySupper. Banyak kan? Setiap hidangan set sentiasa di gandingkan dengan minuman yang boleh dipilih mengikut waktu makan anda sama ada sarapan, makan tengah hari atau makan malam. :)

I took Ipoh Chicken Hor Fun set for my breakfast today. Together with 1 drink of choice, it was only cost me RM 10.30. I didn't remember the real price for ala carte Ipoh Chicken Hor Fun. I think it was around RM 9.00++, please correct me if I was wrong ;)

Minuman pilihan hari ini - Teh Tarik Sejuk (Ais) atau kod hidangan TF4. Kebiasaannya memang pilih Teh Tarik sebagai minuman pilihan. Kadang kala terasa nak ambil Kopi Putih (White Coffee), tapi nanti takut tak tidur pula. Biasanya pergi waktu MySupper, jadi sudah terbiasa pilih Teh Tarik sebagai minuman pilihan untuk set ini. Teh Tarik dia sedap - tidak berapa manis. Tapi tak berapa suka dengan ais sahaja melebihi daripada air nya :(



For MyBreakfast and MyDinner, you can have some add on with a little cheap price. Today, I took Toasted Bread With Kaya as my add onn. Cuma RM 1.50 berbanding dengan harga normal RM 1.90. I really love Toasted Bread. Tapi kalau makan di Old Town White Coffee, Roti Bakar dia bergantung pada masa juga. Kadangkala, roti kurang di bakar dan mentega nya terlalu keras. Kadangkala roti nya cukup di bakar. Takkan boleh lawan Roti Bakar di Pak Li Kopitiam - sedap dan sentiasa mengikut standard :)


Patutnya letak sudu dan chopstick pada atas mangkuk supaya nampak lebih menarik. Hehehe, so this is the Ipoh Chicken Hor Fun - one of my favorite food at Old Town White Coffee. Selalu sangat pesan Mi Kari pun boleh jadi bosan. Ipoh Chicken Hor Fun is delicious. Ada udang dan ayam. Owh Hor Fun tu apa? Urm dia lebih kurang macam Kuey Teow. Kuah dia pun okay, tak berapa masin dan sedap untuk dihirup sehingga licin. Hahaha.

Owh you would not see any green stuff, beacuse I don't eat vegetables. Jadi tak tahu lah sayur apa yang di letak untuk pesanan biasa. This is my special request dish - NO VEGETABLES.



MyBreakfast is only availabe from opening to 11:00 AM daily. You can have up to 23 sets to be choose satrting from RM 3.90. Jadi menu apa yang berharga RM 3.90 tu? Kena lah datang dan tengok :)



---------- Info ----------
Lokasi : Old Town White Coffee, Setia Alam
Harga : RM 10.30 + RM 1.50 (Add On menu)
Cukai : 10 % Service Charge + 6 % GST

Official Website : http://www.oldtown.com.my/v1/
Facebook : https://www.facebook.com/OldTownWhiteCoffeeMalaysia

Photo by : iPhone 4S

Monday, October 21, 2013

Old Town White Coffee: Honey BBQ Chicken Rice



I didn't know what should I have for lunch. Terasa macam nak memasak kat rumah tapi budak rumah pulak keluar. Tak berbaloi pulak masak. So I decided to have my lunch at Old Town White Coffee. Well they have lunch set promotion :)

Asyik makan Mee Kari saja, dah agak bosan lah. I'm browsing the whole menu and come out with this order - Honey BBQ Chicken Rice. Ayam dia dengan sauce topping dia tak mengecewakan. Rasa manis dia okay lah dan tak berapa manis sangat. Tapi sayang sangat nasi ayam nya tak terasa lansung macam nasi ayam - lebih kepada nasi putih :( Tapi tak sangka pun menu ni di datangi dengan telur sebab biasa nya kalau makan Honey BBQ Chicken Rice mesti ayam sahaja, takkan ada telur.



Saja nak try Limau Ais sebab selalunya pesan Teh Tarik saja. Kecewa! Terlalu masam - sukar untuk diterima lidah aku. Terpaksa minta air suam untuk kurang kan rasa masam yang melampau. Baik, lain kali takkan pesan dah Limau Ais.

The Honey BBQ Chicken Rice quite good. Currently ranking number 3 in my list. Tak boleh kalah lagi lah Honey BBQ Chicken Rice kat The Chicken Rice Shop (2nd place) dengan Foodcourt Setia City Mall (1st place). Owh this lunch set cost me RM 10.50++

---------- Info ----------
Lokasi : Old Town White Coffee, Setia Alam
Harga : RM 10.50++ (Lunch Set Promotion)
Cukai : 10 % Service Charge + 6 % GST

Official Website : www.oldtown.com.my/v1/
Facebook : https://www.facebook.com/OldTownWhiteCoffeeMalaysia

Photo by : iPhone 4S

Sunday, October 20, 2013

KyoChon Chicken Snack


I went to Churp Out 2013 event at Setia City Mall. It was a great event! There were a lot of booth. Salah satu booth yang ada di sini adalah KyoChon. Eh apa KyoChon ni? The salesperson said that KyoChon means Super Junior. Urm patut lah ada muka Super Junior di paper bag ni.


KyoChon bakal masuk Malaysia, tapi aku sendiri pun tak tahu bila. Diorang bukak booth ni sebagai pengenalan. There 3 sets of choice. Whether you take 5 pieces of chicken wing - you can choose KyoChon Chicken Wing or Red Chicken Wing, mix combo - comes with 3 pieces of KyoChon Chicken Wing and 2 pieces Red Chicken Wing and lastly Sal Sal Chicken. Every set with a flat price of RM 10. So let's try these!



I''m really disappointing with the Chicken Wing - too small and not worth with RM 10. Aku rasa dulu yang KyoChon Chicken Wing, it is said to be the most popular snack in Korea. Owh well, it seems to be true - delicious! Tapi sayang sungguh size kepak yang begitu kecil. Cuba pula Red Chicken Wing - pedas dia memang betul - betul 'naik'. Nasib baik cuma 2 ketul sahaja.



This is my favorite - Sal Sal Chicken. It was boneless chicken with gluton rice (The Korea Rice) topped with Jalepeno Cheese Sauce. Haa yang ni sedap. Size dia lagi berbaloi dari ambik Chicken Wing.

Tapi kalau ikut kan harga, baik lagi pergi Shilin Taiwan Street Snack :)

---------- Info ----------
Lokasi : Booth ChurpOut2013 Event, Setia City Mall
Harga : RM 10 per set
Cukai : -

Official Website : http://www.kyochon.com/ (Korean)
Facebook : -

Photo by : iPhone 4S

Tuesday, April 30, 2013

FullHouse Cafe Chicken Chop Set


Again for Chicken Chop. This Chicken chop comes with mashed potato, baked beans and some vegetables (which I really dislike! Hahaha). Saya tak suka makan sayur :3 Anyway, this is the best Chicken Chop that I really love to eat. Seriously delicious! This Chicken Chop called as Wok-Sear Chicken Chop. For ala carte it cost RM 16.90. The pricing was worth with the taste!

Tapi masa aku makan ni, aku makan set lunch dia. Dihidangkan bersama soup of the day dan ice lemon tea. Lunch set only available on weekdays (except public holidays) 12:00 pm to 3:00 pm. Ada macam - macam jenis lunch set yang ada. This one is called as Tony's Favourite Meal and only cost for RM 18.90. Kali terakhir aku makan menu dia dah update, masa aku makan ni dia siap ada kek sebagai dessert. Tapi, hari tu paling last takde dah dan tak silap harga dia dah jadi RM 17++. Tak berapa nak ingat tapi plus minus RM 1 - RM 2 gitu lah.

---------- Info ----------
Lokasi : Fullhouse Lifestyle and Store Cafe, Sunway Pyramid, Selangor
Harga : RM 16.90 (ala carte)
Cukai : 6% GST and 10% Service Charge

Official Website : http://www.fullhousecafe.com.my/
Facebook : http://www.facebook.com/fullhousecafes

Photo by : Canon EOS 1000D

Monday, April 29, 2013

Polperro Grilled Chicken Black Pepper







This Grilled Chicken comes with three side dishes - baked beans, coleslaw and a piece of bread. Aku pernah terfikir nak pergi kedai ni sebab selalunya lalu je sampai Ayu sendiri yang cakap dia pernah makan sini. So I guess its okay for me to have a try :) Kedai ni kat Seksyen 7 area Jalan Kristal kat kawasan Mydin dan Speedmart.

I really love its black pepper sauce. For me, its tasty! Tapi, masa aku makan ni, ayam dia agak liat sedikit dan sedikit sukar untuk dikunyah. Coleslaw dia biasa seperti coleslaw lain yang pernah aku rasa - nothing special for me. Roti dia pun biasa. Baked beans? Hehehe saya tak makan :) Take it with iced tea. Frankly speaking, aku dah lupa harga dia tapi kalau tak silap Grilled Chicken Black Pepper ni harga dia RM 11.90 or around that price.

---------- Info ----------
Lokasi :Polperro Steak House, Seksyen 7, Shah Alam, Selangor
Harga : Around RM 11.90
Cukai : No

Photo by : Canon EOS 650D

Sunday, April 28, 2013

Happy! Rice Box Set




Happy! Rice Box Set at Shilin Taiwan Street Snack. This set come with a drink of your choice - Soya or Mineral Water. The dishes come with rice, crispy chicken and tofu. Crispy Chicken dia memang sedap. Ada juga dijual secara berasingan - XXL Crispy Chicken. Tapi, Rice Box Set ni Crispy Chicken dijadikan sebagai lauk. Aku tak suka makan tofu jadi tak tahulah tofu dia rasa macam mana. This Rice Box Set cost at RM 10.50. Biasanya Aeon mesti ada Shilin Taiwan Street Snack atau mana - mana shopping complex yang besar.

I also recommend its Seafood Tempura - One of my favourite :)


---------- Info ----------
Lokasi : Shilin Taiwan Street Snack, Sunway Pyramid, Selangor
Harga  :RM 10.50
Cukai  : No

Official Website : http://www.shihlinsnacks.com.tw/my/menu-my-ricebox.htm
Facebook : http://www.facebook.com/shihlinsnacks

Photo by : Canon EOS 650D

Ayam Penyet Nusantara




The best Ayam Penyet in Shah Alam. Kedai ni memang warga Shah Alam mesti tahu. Especially student. Biasa kedai ni aku tahu sebagai Pecel Lele Padang Jawa. Tapi, haritu ada member kata kat aku kedai ni nama dia Nusantara. Aku pun tak berapa sure.

Ayam penyet dia sedap, sambal tu tak berapa pedas. Dia macam sambal tomato - masam - masam pedas, tapi pedas dia tak sepedas sup kosong dia. Nampak je macam sup kosong biasa, tapi cuba lah hirup. Memang pedas. Bagusnya kedai ni, nasi boleh ambik sebanyak mana yang kita nak. Kemudian order sekali dengan Extra Joss Blackcurrant. Tak berapa ingat harga dia, tapi semua sekali aku kena bayar time ni RM 6.50 sahaja.

Kedai ni, hari Jumaat tengahari takkan dibuka lansung untuk kaum Adam sampai habis Solat Jumaat. Bagus kan :)


---------- Info ----------
Lokasi : Pecel Lele Padang Jawa, Shah Alam, Selangor
Harga  : RM 6.50 (Termasuk air Extra Joss)
Cukai  : No

Photo by : Canon EOS 650D

Chicken Chop Set



This Chicken Chop Set come with Fries, Coeslaw and some vegetables. Tapi rasa dia biasa je. Taklah sangat sedap dan taklah pulak tak sedap. Bolehlah masuk ke perut melalui tekak. Tapi suka presentation dia agak menarik. Lagi - lagi mayonis tu. Ini untuk makan malam dekat satu Restoran namanya Restoran Bisik - Bisik, terletak di seksyen 7 berhampiran dengan Unisel.


---------- Info ----------
Lokasi : Restoran Bisik - Bisik, Seksyen 7, Shah Alam, Selangor
Harga : RM 10.00
Cukai : No

Photo by : EOS 650D

Chicken Chop Set


Chicken Chop set come with fries and coeslaw. Black pepper sauce dia boleh tahan pedas. Tapi, ayam dia agak kecil berbanding standard size Chicken Chop lain yang pernah aku makan. This one only RM 8.

Tak ingat apa nama kedai dia, tapi kedai makan ni agak menarik sebab sesiapa yang minat memancing, kolam memancing disediakan di sini. Kira main attraction Kolam memancing dan kedai makan ni kira macam cafe lah. Sekitar Seksyen 24 Shah Alam tapi serius tak ingat.


---------- Info ----------
Lokasi : Sekitar Seksyen 24, Shah Alam, Selangor
Harga : RM 8.00
Cukai : No

Photo by : Canon EOS 650D