Iklan Blog Lain

Monday, October 28, 2013

Seoul Garden: All You Can Eat Buffet



Boleh tahan mengidam nak makan Seoul Garden sebab lama dah tak pergi sini. Sudah tiada siapa yang mahu pergi bersama. Hahaha, okay today I am going to review this little restaurant called Seoul Garden.

So what can you get from this Seoul Garden? Seoul Garden is a all-you-can-eat buffet restaurant. Unlike hotel buffet, its a steamboat and grill restaurant. Salah satu sebab ia nya seronok untuk dimakan di sini. Boleh main masak - masak hahaha. Seoul Garden menghidangkan pelbagai jenis makanan seperti pelbagai jenis ayam dan daging, udang, sotong dan bermacam - macam lagi. Terdapat juga nasi, kentang goreng (French Fries), kuih muih, ABC, Ais Krim dan buah - buahan. Seronok bukan?



What did I take for today? Hmm lets see. Ada tiga jenis ayam - Satay Chicken, BBQ Chicken dan Garlic Chicken. Ada macam - macam jenis ayam lagi tapi rasanya untuk hari ni cukuplah 3 jenis ayam ni. Satay Chicken - mungkin rasa nya macam satay jadi mungkin ini salah satu peluang untuk mencuba sebab jarang jumpa di cawangan - cawangan lain. Hmmm, boleh tahan. Memang rasa macam satay yang dipanggang tapi lain lah. Its not exactly like Chicken Satay that sold in Night Market but I guess it was not bad either. BBQ Chicken - taste weird and I don't really like it. Tak seperti macam mana yang dibayangkan. Nasib baik ambil sedikit sahaja tadi. Garlic Chicken - my favorite and a must for me. Rasa nya bukanlah betul - betul seperti bawang. Cara perapan nya mungkin unik dan rasa sedap untuk di makan. You might try some :)



Ada juga ambil beberapa bebola ikan, jejari ketam dan seangkatannya. Semua ini direndam bersama sup yang dihidangkan. Anda boleh pilih pelbagai jenis sup untuk steamboat seperti sup ayam, Sup Kimchi dan lain - lain. Untuk kali ini, sup Kimchi menjadi pilihan kerana kesedapan rasa nya dan tahap kepedasan yang sederhana. You can also choose Kimchi Soup Extra Spicy - it is also in the list.



There were various chili sauce to try. I really like Korean Chili Sauce but they didn't served it at this outlet :( Instead I took Garlic Chili Sauce and Special Sauce. What so special with this sauce I wonder o.O



Buah - buahan yang dihidangkan sentiasa segar. Buah biasa yang dilihat adalah tembikai, epal hijau dan tembikai susu. Tembikai susu nya tidak terlalu keras untuk di makan, bahagian dalam nya lembut dan sedap untuk dijadikan pencuci mulut.



Ice Cream - Kid's Favorite.  Biasanya terdapat 6 perisa untuk di pilih. You scoop your ice cream for yourself.



Yang terakhir - ABC (Air Batu Campur). Anda sendiri yang lakukan. Masukkan ketulan ais dan kisar. Kemudian pilih mana - mana topping yang anda mahu sama ada cendol, agar - agar, selasih dan macam - macam lagi.

It was really fun. Anda disarankan untuk makan bersama 3 orang rakan yang lain kerana satu meja setamboat hanya cukup untuk 4 orang (Anda + 3 orang rakan). Kalau terlebih tidak mengapa, cuma anda mungkin dapat meja yang sedikit terpisah dari rakan anda yang lain. Untuk cawangan ini, harga yang dibayar bagi setiap kepala adalah RM 29.99++ - untuk harga pelajar. Anda diingatkan untuk membawa kad pelajar untuk mendapatkan harga pelajar kerana harga normal bagi hujung minggu adalah RM 33.99++. They offer free bottomless drinks for student.

Harga dan promosi harga pelajar bergantung pada cawangan - cawangan tertentu. Melaka dan Penang menerima harga pelajar pada hujung minggu manakala cawangan Melaka tidak menerima harga pelajar. Pakej harga dan lokasi bagi setiap cawangan boleh dirujuk di sini: http://www.seoulgarden.com.my/pricing.php


---------- Info ----------
Lokasi : Seoul Garden Mahkota Parade
Harga : RM 29.99++ per head (Student Price, price depends on outlet)
Cukai : 10 % Service Charge + 6 % GST

Official Website : http://www.seoulgarden.com.my/index.php
Facebook : http://www.facebook.com/SeoulGardenSingapore

Photo by : iPhone 4S

No comments: